Assalamualaikum.
Mesti ada yang tertanya-tanya, siapakah yang menjadi pengasas Shaklee ini sebenarnya kan? Untuk pengetahuan anda, Shaklee ini diasaskan oleh seorang doktor yang bernama Dr. Forrest C Shaklee. Ceritanya bermula seawal tahun 1915 lagi, di mana Dr. Forrest telah mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan sebagai ‘Vitalized Minerals’ (sekarang dikenali sebagai Vitalea).
Kemudian pada tahun 1956, Dr. Forrest telah menubuhkan syarikat Shaklee bersama-sama dengan anaknya. Dan belaiu telah memilih untuk memasarkan produknya secara ‘multi-level marketing’ (MLM). Ini bagi memastikan kepentingan suplemen dapat disampaikan dari mulut ke mulut. Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”
Jadi, inilah sebab kenapa Shaklee merupakan produk MLM. Selain itu, ianya juga bagi memastikan setiap pengedarnya mendapat komisen yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Semenjak itu, Shaklee Corporation terus berkembang dan telah dibeli oleh Yamanouchi Pharmaceutical Company. Dan akhirnya pada bulan April 2004, Shaklee sudah menjadi milik Roger Barnett.
Pengasas Shaklee ini mempunyai sejarah hidup yang sangat unik. Semenjak beliau dilahirkan, beliau sudah didiagnos sebagai menghidap tuberculosis. Keluarga Dr. Forrest membawanya pindah ke kawasan lain kerana meraka percaya udara segar dapat merawat penyakit ini. Pelbagai liku-liku hidup pengasas Shaklee ini boleh anda baca dengan lebih lanjut di SINI.
No comments:
Post a Comment