“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

September 24, 2014

GLA COMPLEX





APA ITU GLA??
~Merupakan kombinasi minyak borage yg mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari & vitamin E.

 ~Berfungsi ala-ala evening primrose oil (EPO)
  • GLA-membantu bdn utk bina prostaglandin (hormon yg bantu stabilkan proses bdn cth peredaran yg sihat &perlindungan dinding arteri)
  •  MINYAK BORAGE-2X GLA berbanding EPO & mudah diserap oleh bdn
  •  MINYAK BUNGA MATAHARI-salah 1 sumber asid lemak omega6
  • VIT E-bantu utk lindung dinding arteri & sokong sistem imunisasi dgn cara seimbangkan integriti sel


Fungsi dan manfaat utama GLA Shaklee??

🍄Herba tradisi yang dipercayai - Borange adalah herba kegemaran orang Barat yang mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

🍄Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS seperti senggugut, mood swing, water retention dan sakit pada payudara.

🍄Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

🍄Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuk, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

🍄Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis.

🍄Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi. Sebab tu, GLA sangat sesuai untuk penghidap diabetes.

🍄Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit (ada shaping) dan otot untuk mencapai bentuk badan cantik.

🍄Menghalang tekanan darah tinggi - GLA juga bagus untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dan mengelak masalah jantung.

🍄Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.



Kesimpulannya,GLA Complex Shaklee sangatlah bagus untuk mengatasi masalah seperti berikut iaitu:

🐝JERAGAT. (bintik penuaan)

🐝PARUT JERAWAT. (tona kulit lebih sekata)

🐝KULIT KERING. (kulit akan lebih lembut, lembab, berseri-seri dan kemerahan secara semulajadi) 

🐝RAMBUT KERING. (rambut akan lebih lembab dan lembut)




Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  2. Meningkatkan kesuburan.
  3. Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  4. Membantu dalam menangani menopause.
  5. Menguatkan kuku & rambut.
  6. Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  7. Membantu menangani ekzema.
  8. Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  10. Menguatkn immuniti badan. Mempelahankn process penuaan.
  11. Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  12. Mengawal kencing manis
  13. Mengawal kolesterol.
  14. Bagus untuk saraf.


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

SIAPA YG PERLUKAN GLA..
Lelaki & wanita yg:-
→punyai masalah jerawat
→masalah menstrual
→menopause syndrome
→ada darah tinggi
→kencing manis
→kulit kepala berkerak,berkuping & bersisik

CARA PENGAMBILAN..
  • 2biji sehari selepas makan.





==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.


Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515
Shaklee Independent Distributor No: 1106288






September 21, 2014

Apa itu EKZEMA / ECZEMA ???

 1. Apa itu EKZEMA / ECZEMA ?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

 2. Apa penyebab EKZEMA / ECZEMA ?
- Keturunan.
 - Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
 - Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar. 
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:
  •   Infeksi virus.
  •  Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan. - Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Lokasi lazim Ekzema
 3. Apakah tanda tanda dan gejala EKZEMA / ECZEMA ?
Ekzema kelihatan seperti:
  •  Tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki. 
  •  Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit. 
  •  Bengkak kecil yang berair.


 4. Bagaimana EKZEMA / ECZEMA boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  •  Ubat pencegah gatal seperti antihistamin 
  • Losyen pelembab seperti Shaklee Herbal Blend, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  •   Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk . 
  •  Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

 5. Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
- Amalkan vitamin suplemen dan krim pelembab secara teratur. 
- Letakkan anak di dalam bilik yang selesa dan nyaman.
 - Elakkan mandi air panas/suam. 
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis. 
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis. 
- Elakkan dari fabrik yang kasar. 
- Jangan gunakan sabun apabila mandi. 
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
 - Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.



Apa supplemen yang disarankan untuk EKZEMA / ECZEMA ?
Saranan:
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
• Herbal Blend baik untuk melegakan gatal, pedih-pedih. First aid utk pesakit eczema. Bila pakai tu kulit rasa sejuk, gatal dan pedih pun hilang. 
• Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
• Dingin, bermentol dan tidak berminyak. 
• Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
ESP
• ESP ni fungsi dia sangat penting sebab ESP ni membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila Eczema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP ni bantu mempercepatkan hasilkan sel kulit baru yang cantik dan sihat .
 • ESP juga membantu melembabkan kulit. 
• Bacaan lanjut tentang ESP
GLA Complex
• Keistimewaan GLA Complex Shaklee ia mengandungi kombinasi minyak borage. Ia kaya dgn asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
• Ia membantu menghasilkan kulit lebih sekata, lebih lembab dan memperbaiki hormon. 
• Bacaan lanjut tentang : GLA Complex


==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Hawa’s Beauty
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515
Shaklee Independent Distributor No: 1106288




September 14, 2014

Kenapa Rahim Bengkak??

Good info utk smua kaum hawa.. 
Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv,

Dr. Malinda :- Rujukan lanjut,,