“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

September 26, 2014

APA ITU KOLAGEN

Apa itu Kolagen?



Assalamualaikum,

Sebut sahaja kolagen. Pasti di kaitkan dengan kecantikan. Tetapi, tahukah anda apa itu kolagen? dan apa kepentingan kolagen dalam tubuh? Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan, malah ia sebenarnya sangat penting untuk melindungi organ-organ dalam badan kita.



Apa itu Kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badam. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan protein di dalam badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih untuk membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting di abad ini. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung, serta limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, dan IV:

Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ ulang (komponen utama tulang) dan gigi.
 kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
Kolagen III : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
Kolagen IV : Membentuk asas kepada membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah
Kolagen V : Permukaan sel, rambut dan uri

Fungsi Kolagen

* Menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel. 
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin - melembapkan kulit. 
  • alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan. 
  •  arginin - memudahkan tidur nyenyak,menghasilkan pola tidur yang baik.
* Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik
* Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
* Menampung air dalam tubuh
* Meningkatkan penyerapan kalsium
* Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
* Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Kesan kehilangan kolagen??

Penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi, semakin kita tua, semakin kuranglah kolagen dihasilkan oleh tubuh. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain.



Antara kesan kehilangan kolagen :
  •  Garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, penglihatan kabur
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Gusi tidak sihat
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sendi-sendi
  • Kulit kering dan kelihatan tua
  • Rambut kering dan bercabang
  •  Payudara dan punggung kendur
  • Liang roma membesar, jeragat, pigmentasi, kulit kekuningan

Sebagai alternatif kepada kekurangan kolagen dalam badan ialah dengan pengambilan kolagen tambahan bagi membantu pembentukan semula tisu dalam badan. Kolagen tambahan boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. 


Foto : Google


==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515


COLLAGEN POWDER



Kenapa Shaklee Collagen Powder begitu istimewa?

1) Ia merupakan supplemen kolagen yang hebat yang mengandungi 4000mg proprietari RSS iaitu Red Snapper Scale Collagen. Kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak darpada sisik ikan merah.

2) Kolagen Shaklee adalah kolagen bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton dan amat mudah diserap oleh tubuh serta membantu meningkatkan sintesisi kolagen pada lapisn dermis dengan berkesan.

3) Mudah larut dalam tubuh badan dan sangat mudah dihidangkan dengan mencampur ke dalam minuman kegemaran.

4) 7 ramuan utama digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luaran.






Fungsi-fungsi 7 ramuan utama :

  •  Kolagen dari sisik ikan merah - Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lemap dan licin.
  • Elastin dari Kolagen Ikan - Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.
  • Ekstrak kekerang - Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Kebaikan Shaklee Collagen Powder??


  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit, mengurangkan rasa kering pada wajah
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara
  • Faedah Tambahan Kolagen - Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang, membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.




Keberkesanan Shaklee Collagen Powder telah dibuktikan dengan kajian klinikal :
  • ·         Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • ·         Mengurangkan kekasaran & kekeringan sehingga 75%
  • ·         Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • ·         Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • ·         Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • ·        Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elaktisiti sehingga 55%
  • ·         Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • ·         Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • ·         Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515