“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
Showing posts with label Sustainned Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Sustainned Release Vita-C Plus. Show all posts

November 5, 2015

Jom kesan penyakit melalui JERAWAT anda..

.
Jom kesan penyakit melalui JERAWAT anda..
.
.
Contoh jerawat suka tumbuh kat bahagian dagu anda.
So, kemungkinan disebabkan oleh pengumpulan toksin akibat makanan.
.
.
Anda boleh mencegahnya dengan detoks iaitu lebihkan serat untuk membantu penghadaman & lebihkan makanan pelawas.
.
.
Selain itu,anda boleh amalkan supplement ALFALFA @ HERBLAX untuk membantu membuang toksin serta melawaskan lebihan makanan.





.
Jangan lupa amalkan VITAMIN C sekali untuk MENCEGAH JERAWAT & MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN ANDA.







==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515
Shaklee Independent Distributor No: 1106288



October 23, 2015

KISAH BENAR: KERAP MAKAN LUAR & MAKAN VITAMIN C PUNCA KANSER!!

Nurull Halawati - Penulis Skrip dan Novel
5 August at 21:56 ·


Saya perlu tulis kisah ini untuk kebaikan semua!

KISAH BENAR: KERAP MAKAN LUAR & MAKAN VITAMIN C PUNCA KANSER!!
Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand, untuk projek worldwide di Kl Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel, berkaitan budget filem dan sebagainya.
Bila dia tiba, kami berbual sementara menanti giliran dipanggil. Kami bercerita soal kerjaya masing-masing. Bila dia tahu karya saya Stanza Cinta dan Walau Sedetik Cuma...mukanya nampak berubah. Saya katakan pada dia saya suka buat drama berat, kisah pesakit kanser. Sebab kawan baik saya meninggal sebab kanser.

Tika itu dia membuka cerita, "saya pesakit kanser!"
Saya tergamam!!. Jika diteliti keadaannya memang tidak nampak seperti orang sakit kanser. Nak kata sakit biasa pun tidak. Memang cergas, sihat dan ceria.
"Saya ada kanser darah. Doktor kata lepas dua kali kimo saya dah mati..."
Begitu mukadimahnya becerita pada saya.
"Memang dah lama saya berhasrat nak buat drama kisah saya ni. Supaya jadi iktibar...tentang akibat kanser, pada pesakit itu sendiri, juga pada keluarga dan orang tersayang yang menghidap kanser!!kisahnya memang sadis..memang boleh menangis dibuatnya!
Tapi, apa yang saya nak ceritakan ini jauh lebih penting dari liku-liku yang dihadapinya tatkala doktor mengesahkan, "awak meghidap kanser!"

Katanya, selepas mendapat ujian darah, dokor hanya bertanya 3 perkara pada beliau..

1) Doktor : You suka makan luar ye? Mr X : Bukan suka, memang hari-hari makan luar....( isterinya seorang Manager di sebuah hotel terkemuka. Kerjaya dan gaji yang besar)

2) Doktor : You biasa makan vitamin C ke? Mr X : Yes..Saya memang suka makan Vitamin C. Antara amalan dia sejak remaja belia lagi.

3) Apa minuman yang You selalu amalkan?? Mr X : Saya suka minum air lemon suam! Ataupun ice lemon tea.

Ok, berdasarkan soalan itu,doktor sendiri sudah tahu apa faktor yang menyebabkan kanser darah pada tubuh beliau.

1- Makanan luar antara punca kanser kerana kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. (Saya sendiri memang selalu ada pengalaman buruk jika makan luar di kedai, selalu akan pening yang teramat, loya dan muntah-muntah!)

2- Doktor kata Vitamin C itu juga antara penyebab Kanser! Kerana kandungan bahan kimia didalamnya! Ramai yang tak tahu sebab dengar vitamin je mesti baik dan bagus! Sedangkan dalam Vitamin tu terdapat bermacam-macam bahan kimia juga.
Masa ini saya tersentak kejap! saya hari-hari telan Vitamin C shaklee, alamakk..rasa gerun pula tetiba. Saya tanya dia Shakleetu ok tak? Dia kata yang tu dia tak tahu tapi jangan makan Vitamin C yang bukan-bukan. Pastikan takde bahan kimia! Tika itu saya teringat, Shaklee memang tidak mengandungi bahan kimia, ianya neutral 100%.

3- MINUMAN?? Doktor kata, nasib baik You suka amalkan minuman ni. Ada sejenis air yang You selalu minum yang buat You masih selamat. Itulah dia

AIR LEMON!!!
Air lemon jika diminum dengan ais akan menjadi Vitamin C secara semulajadi.
Air lemon jika dminum dengan air suam akan menjadi ubat untuk kanser!
itulah air kegemarannya yang diminum selama ini, yang mengurangkan gejala kansernya dari merebak dengan teruk!

Selepas disahkan menghidap kanser, Mr X tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Ubat-ubatan hospital yang dibeli sebanyak RM37k tidak dimakan.

Punyalah mahal macam boleh beli kereta!
Kebetulan seorang kawannya, baru menjalani kimoterapi di hospital swasta dengan kos sebanyak RM147k..tapi keesokan harinya meninggal dunia!

Disebabkan itu, dia langsung tidak berniat untuk menjalani kimoterapi!!

Dia berusaha mencari jalan lain tanpa perlu menjalani kimo, tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang berkotak-kotak dibekalkan doktor!

Akhirnya dia menemui penawarnya, iaitu herba Belalai Gajah (sejenis pokok) serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang dimakannya selama ini...hingga ke saat ini. Daritidak boleh bangun, sakit yang teruk.kurus kering, kini dia sudah pun pulih. Sihat walafiat dan cergas menjalani kehidupannya seperti orang lain.

Saya berjanji untuk menulis kisahnya untuk didramakan. Dia seorang yang sangat positif, bersemangat dan kuat berhadapan dengan kansernya, namun dugaan yang dilaluinya dari sudut yang lain. Nanti akan saya nukilkan dalam karya saya.
Pesan dia pada saya, tolong jaga pemakanan..jaga pemakanan! Jangan banyak makan di luar, jangan makan vitamin C atau ubat-ubatan yang ada bahan kimia..dan selalulah minum Air Lemon. Setiap pagi dan malam!


p/s: Balik rumah terus beli lemon banyak-banyak. Saya takkan bagi anak makan Vitamin C dari farmasi yang saya beli bulan-bulan tu. akan cari yang nuetral sahaja.

Kalau nak insaf, nak control nafsu makan yang tinggi melangit, jumpalah orang sakit, berbuallah dengan pesakit-pesakit kronik.Baru thu betapa BESARNYA NIKMAT SEBUAH KESIHATAN ITU!!!!!


Selamat menjaga keluarga anda semua, buat para isteri jagalah makan minum suami dan anak-anak.





==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.


Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515
Shaklee Independent Distributor No: 1106288









December 11, 2014

CHEWABLE VIT-C 100MG

Rose Hip
  • Rose Hip adalah buah bunga mawar. Tumbuhan ini tumbuh sehingga sepuluh kaki tinggi dan mengeluarkan bunga putih, bunganya sangat wangi. Apabila bunga telah mekar dan semua kelopak telah jatuh, buah bunga mawar dipilih dan digunakan untuk pelbagai persediaan.
  • Rose hip adalah sumber terbaik vitamin C; mereka mengandungi vitamin C 50% lebih daripada oren.
  • Kerana vitamin C yang tinggi di dalam Rose Hip, ia adalah penggalak sistem imun yang cemerlang, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan untuk mencegah atau merawat selsema.
  • Rose Hip terkenal sebagai vitamin kulit. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu menjana semula sel-sel kulit baru. Ini digunakan untuk merawat parut, jerawat dan kesan terbakar.
  • Ia juga membantu untuk menjaga kulit anjal dan melembabkannya. Ini bukan sahaja akan mencegah kedutan, tetapi sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan kedutan yang telah muncul jika diamalkan secara konsisten.



Bioflavanoids
Bioflavonoids adalah kawan baik Vitamin C. Ia membantu memaksimumkan keberkesanan vitamin C dengan memudahkan penyerapan badan daripada mikronutrien dan juga melindungi daripada pengoksidaan, menurut John D. Kirschmann, pengarang "Nutrition Almanac." Vitamin C yang tulen dan semulajadi sahaja yang mengandungi Biofalvanoids ini, Ia tidak terdapat pada vitamin C yang sintetik/tiruan! 


Vitamin C, siapa yang tak tahu khasiatnya? Ianya membantu:

1. Menyokong Sistem Imun yang kuat untuk tubuh badan kita

2. Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C setiap hari mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

3. Vitamin melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4. Vitamin C melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari. Bagus untuk perokok juga Vitamin C chewable ini, setiap kunyahan boleh menggantikan 100mg Vitamin C yang hilang. 

5. Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen. Mahu kulit cantik dan sihat? Vitamin C yang perlu anda ambil. 

6. Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat. 

7.Tahukah anda racun labah- labah hitam yang berbisa dapat di tawarkan dengan dos vitamin C yang sangat tinggi? 

8. Vitamin C melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 

9. Di Perancis, Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids digunakan secara meluas untuk merawat Sakit Puan. Kandungan Flavone mampu menggantikan hormon yang dapat memulihkan masalah period tidak teratur. Ia juga di katakan dapat mencegah keguguran di kalangan ibu mengandung.(*sumber Nutrion Almanac)



Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

  • *Mudah tertekan (stress)
  • *Kulit sangat kering dan bersisik
  • *Tapak kaki keras dan kasar
  • *Luka lambat sembuh
  • *Mudah selesema atau bersin
  • *Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • *Mudah mendapat ulcer
  • *Mudah demam
  • *Penyakit skurvi

Siapa yang perlukan Vitamin C Chewable?

  • Wanita
  • Lelaki
  • Kanak-kanak
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Mereka yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat
  • Perokok Tegar
  • Mereka yang ada period pain
  • Mereka yang mahu kulit cantik
  • Mereka yang sering demam

Jadi jangan lupa untuk mendapatkan Vitamin C Chewable ini, ianya di perkaya dengan Rose Hip dan Bioflavanoids. ;-) Hanya yang terbaik dari Shaklee.


Rujukan: Klik SINI








==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515

Shaklee Indepedent Distributor No: 1106228







September 12, 2014

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS




Di Shaklee, vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 

Khasiat Utama

  1.  Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  2. Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  3. Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  4.  Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  5. Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  6. Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Perbezaan Vita C Shaklee dengan Vita C lain??
  •  Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.
  • Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )
  • Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.


 Siapa yang memerlukan Vita C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkanBpengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan  dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.








====================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.


Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Hawa’s Beauty
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515
Shaklee Independent Distributor No: 1106288