“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

September 26, 2014

Shaklee Sokong Israel??

Isu Shaklee sokong Israel,Shaklee sumbang dana ke Israel bukan satu isu baru. Saya pernah menulis tentang ini 2 tahun lepas dan rasanya setiap tahun ia jadi isu berbangkit (Entry Shaklee,Israel & Islam ) Kisahnya macam ni, ia berpunca daripada website satu badan bebas namanya Keneseth Israel.Website tersebut telah mengelirukan banyak pihak dengan  meletakkan logo rasmi Shaklee di websitenya. Siapa2 yang klik logo itu akan link ke page salah seorang ahlinya, Dave Miller dan ahlinya ini adalah pengedar bebas Shaklee. Sedangkan Shaklee tak terlibat menyumbang dana israel. 

Faham tak? Dan saya  percaya ia menyebabkan ramai yang panik dan membuat andaian sendiri kononnya Shaklee sokong Israel, sumbang dana ke Israel dan macam2 lagi tuduhan dan andaian liar. Saya pernah bertanya dengan Shaklee Malaysia dan mereka dah pun mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan... Bila dah diterangkan,reda sekejap.. tapi biasa lah kan..dah nama pun isu berbangkit.. Bila datang balik musimnya, ramai lagi yang membuat tuduhan dan andaian bukan2. Nah sekarang pihak Shaklee Management telah mengeluarkan kenyataan rasmi hitam putih berkaitan isu tersebut. Bacalah sendiri yer. 




Mana-mana yang masih ragu-ragu, yang masih tak puas hati ..terserah.Niat saya nak berkongsi kebaikan.. Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya dan niat saya. Tak kuasa dah saya nak cakap panjang lebar..Ini bukan isu tegak benang basah atau apa... Kalau nak boikot, biar kita tahu kenapa dan mengapa,bukan sekadar andaian atau ikut2an, Boikot ni bukan macam fesyen baju.. ada trend2 musim.Fahamkan terlebih dahulu istilah yahudi, zionis,israel dan maksud boikot sebenar2nya.
Okaylah cukup la ,panjang2 karang jadi cerita lain pulak..hihi.. Lebih baik saya terus berdoa dan membantu mana mampu. Mari warga Jutawan kita berusaha membuat lebih banyak kebaikan di mukabumi ini. Lagi banyak bonus dapat, lagi banyak kita boleh berikan ke jalan yang sepatutnya.. betul tak. Bukan Dave Miller sorang je boleh buat dana, kita pun boleh kumpul dana dengan usaha kita sendiri. jadi tanya diri kita banyak mana kita dah berusaha? 

Kesimpulannya, saya tetap sayang Shaklee.. always safe, always work, always green.. dan yang penting. Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia .. Ini petikan email baru2 ini dari Shakee Corporation"...WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD....".. (terima kasih, Roger , Bradford dan Shaklee Malaysia atas feedback dan tindakan)



Rujukan lanjut: KLIK SINI

No comments:

Post a Comment