“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

September 30, 2014

Status Halal


Sijil Halal Shaklee




Sijil Halal Shaklee ini dikeluarkan oleh badan persijilan di Amerika Syarikat, ISA yang diikhtiraf olejh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Jadi, sesiapa yang masih ragu-ragu dengan produk shaklee boleh lah merujuk kepada pengedar anda.




September 26, 2014

Always Safe, Always Works, Always Green

Pagi hari minggu yang ceria.. Alhamdulillah diberi peluang lagi utk berkongsi sesuatu yg bermanfaat disini dan pagi ni saya nak berkongsi tentang produk kesihatan Shaklee.. Sungguhpun telah 55thn berada di pasaran.. tetapi masih ada yang tak tahu ttg jenama ini...ada yang tanya,jenama baru ke.. almaklumlah sekarang ni produk kesihatan dah membanjiri pasaran.. mcm cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi, saya tak menyesal memilih jenama ini. Tahukah anda, pada 1915,Dr Shaklee telah mencipta multivitamin pertama didunia dan pencuci terbaik hasil daripada gabungan ciptaan sains dan alam semulajadi.. Bagi saya ada 3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi (mesra alam)...Mari baca apa yang dimaksudkan dgn 3 perkara ini... 


CC: KLIK SINI,

SENTIASA SELAMAT



Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau bahan perisa.


SENTIASA BERKESAN

  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.




SENTIASA MESRA ALAM

·        Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

·        Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

·        Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:

                                                       i.            Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
                                                     ii.            Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
                                                  iii.            Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

·        Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:


ü  2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik

ü  2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika

ü  2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan

ü  2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate

ü  2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California




Rujukan lanjut: KLIK SINI,

Shaklee Sokong Israel??

Isu Shaklee sokong Israel,Shaklee sumbang dana ke Israel bukan satu isu baru. Saya pernah menulis tentang ini 2 tahun lepas dan rasanya setiap tahun ia jadi isu berbangkit (Entry Shaklee,Israel & Islam ) Kisahnya macam ni, ia berpunca daripada website satu badan bebas namanya Keneseth Israel.Website tersebut telah mengelirukan banyak pihak dengan  meletakkan logo rasmi Shaklee di websitenya. Siapa2 yang klik logo itu akan link ke page salah seorang ahlinya, Dave Miller dan ahlinya ini adalah pengedar bebas Shaklee. Sedangkan Shaklee tak terlibat menyumbang dana israel. 

Faham tak? Dan saya  percaya ia menyebabkan ramai yang panik dan membuat andaian sendiri kononnya Shaklee sokong Israel, sumbang dana ke Israel dan macam2 lagi tuduhan dan andaian liar. Saya pernah bertanya dengan Shaklee Malaysia dan mereka dah pun mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan... Bila dah diterangkan,reda sekejap.. tapi biasa lah kan..dah nama pun isu berbangkit.. Bila datang balik musimnya, ramai lagi yang membuat tuduhan dan andaian bukan2. Nah sekarang pihak Shaklee Management telah mengeluarkan kenyataan rasmi hitam putih berkaitan isu tersebut. Bacalah sendiri yer. 




Mana-mana yang masih ragu-ragu, yang masih tak puas hati ..terserah.Niat saya nak berkongsi kebaikan.. Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya dan niat saya. Tak kuasa dah saya nak cakap panjang lebar..Ini bukan isu tegak benang basah atau apa... Kalau nak boikot, biar kita tahu kenapa dan mengapa,bukan sekadar andaian atau ikut2an, Boikot ni bukan macam fesyen baju.. ada trend2 musim.Fahamkan terlebih dahulu istilah yahudi, zionis,israel dan maksud boikot sebenar2nya.
Okaylah cukup la ,panjang2 karang jadi cerita lain pulak..hihi.. Lebih baik saya terus berdoa dan membantu mana mampu. Mari warga Jutawan kita berusaha membuat lebih banyak kebaikan di mukabumi ini. Lagi banyak bonus dapat, lagi banyak kita boleh berikan ke jalan yang sepatutnya.. betul tak. Bukan Dave Miller sorang je boleh buat dana, kita pun boleh kumpul dana dengan usaha kita sendiri. jadi tanya diri kita banyak mana kita dah berusaha? 

Kesimpulannya, saya tetap sayang Shaklee.. always safe, always work, always green.. dan yang penting. Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia .. Ini petikan email baru2 ini dari Shakee Corporation"...WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD....".. (terima kasih, Roger , Bradford dan Shaklee Malaysia atas feedback dan tindakan)



Rujukan lanjut: KLIK SINI

APA ITU KOLAGEN

Apa itu Kolagen?



Assalamualaikum,

Sebut sahaja kolagen. Pasti di kaitkan dengan kecantikan. Tetapi, tahukah anda apa itu kolagen? dan apa kepentingan kolagen dalam tubuh? Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan, malah ia sebenarnya sangat penting untuk melindungi organ-organ dalam badan kita.



Apa itu Kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badam. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan protein di dalam badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih untuk membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari setiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting di abad ini. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung, serta limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, dan IV:

Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ ulang (komponen utama tulang) dan gigi.
 kolagen II : tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
Kolagen III : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
Kolagen IV : Membentuk asas kepada membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah
Kolagen V : Permukaan sel, rambut dan uri

Fungsi Kolagen

* Menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel. 
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin - melembapkan kulit. 
  • alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan. 
  •  arginin - memudahkan tidur nyenyak,menghasilkan pola tidur yang baik.
* Mengawal metabolisma tubuh dengan mencerna secara enzimatik
* Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
* Menampung air dalam tubuh
* Meningkatkan penyerapan kalsium
* Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
* Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Kesan kehilangan kolagen??

Penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi, semakin kita tua, semakin kuranglah kolagen dihasilkan oleh tubuh. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain.



Antara kesan kehilangan kolagen :
  •  Garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, penglihatan kabur
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Gusi tidak sihat
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sendi-sendi
  • Kulit kering dan kelihatan tua
  • Rambut kering dan bercabang
  •  Payudara dan punggung kendur
  • Liang roma membesar, jeragat, pigmentasi, kulit kekuningan

Sebagai alternatif kepada kekurangan kolagen dalam badan ialah dengan pengambilan kolagen tambahan bagi membantu pembentukan semula tisu dalam badan. Kolagen tambahan boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. 


Foto : Google


==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515


COLLAGEN POWDER



Kenapa Shaklee Collagen Powder begitu istimewa?

1) Ia merupakan supplemen kolagen yang hebat yang mengandungi 4000mg proprietari RSS iaitu Red Snapper Scale Collagen. Kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak darpada sisik ikan merah.

2) Kolagen Shaklee adalah kolagen bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton dan amat mudah diserap oleh tubuh serta membantu meningkatkan sintesisi kolagen pada lapisn dermis dengan berkesan.

3) Mudah larut dalam tubuh badan dan sangat mudah dihidangkan dengan mencampur ke dalam minuman kegemaran.

4) 7 ramuan utama digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luaran.






Fungsi-fungsi 7 ramuan utama :

  •  Kolagen dari sisik ikan merah - Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lemap dan licin.
  • Elastin dari Kolagen Ikan - Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.
  • Ekstrak kekerang - Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Kebaikan Shaklee Collagen Powder??


  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit, mengurangkan rasa kering pada wajah
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara
  • Faedah Tambahan Kolagen - Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang, membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.




Keberkesanan Shaklee Collagen Powder telah dibuktikan dengan kajian klinikal :
  • ·         Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • ·         Mengurangkan kekasaran & kekeringan sehingga 75%
  • ·         Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • ·         Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • ·         Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • ·        Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elaktisiti sehingga 55%
  • ·         Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • ·         Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • ·         Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


==================================
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila rujuk pengedar Shaklee anda bagi cara pemakanan/penggunaan cadangan tersebut.

Fb: Nurfazlin Mahamud
Fanpage: Supplements Online Station
Email: nurfazlin.mahamud@gmail.com
No. Hp: 014 5077 515